PERINGATAN KEPADA PENCERAMAH, PENDAKWAH DAN PEMBIMBING KEJALAN ALLAH
“Akan tiba keatas umatku satu zaman dimana perjuangan mereka pada ketika itu hanyalah untuk kepentingan peribadi. Harta kekayaan menjadi ukuran nilai kemuliaan seaorang, wanita-wanita menjadi tumpuan utama, agama mereka wang ringgit. Mereka itu adalah sejahat-jahat manusia dan tidak berharga langsung disisi Allah”
-hadith Bukhari dan Muslim.
“Para ulama’ itu adalah doktor ugama, manakala dinar dan
dirham (wang ringgit) pula adalah penyakit ugama. Maka bila para ulama’ (Doktor
Ugama) telah dihinggapi penyakit cintakan wang ringgit, maka jangan diharap
mereka mampu mengubat orang lain”.
-Suffian al-Sauri.
"Apabila engkau lihat sesaorang berilmu telah mencintai
dunia (harta benda), curigailah ia tentang ugama kerana pencinta akan bertambah
terhadap kecintaannya”
-Saidina Umar al-Khatab.
“Ada orang yang bergema puji-pujian orang terhadap dirinya,
dari timur hingga kebarat. Malangnya disisi Allah tidak ada harga seberat sayap
lalat pun”
-ihya’ ulumuddin.
"Kasihan sungguh aku akan tiga golongan manusia ini
iaitu orang mulia yang menjadi hina, orang kaya yang jatuh miskin, dan orang
berilmu yang dipermainkan oleh dunia”
-Fadhil ibnu ‘Iyad.
No comments:
Post a Comment