MAJLIS ILMU DAN TAZKIRAH
Sebelum Kerajaan Negeri Selangor bertukar tangan setalah
lebih 50 tahun, masjid lesu hampir tidak berfungsi. Masjid digunakan untuk
tempat solat dan baca yasin dimalam jumaat. Tidak lebih dari itu. Masjid tidak
berfungsi sebagaimana yang sepatutnya dia berfungsi.
Bilamana Pakatan Rakyat mengambilalih tampuk pemerintahan
Selangor, Masjid kembali digunakan dan diimarahkan. Pastinya diperingkat awal
berlaku kekecohan dalam urustadbir masjid terutama dalam proses pemilihan AJK.
Isu utama yang diwar-warkan adalah masjid tidak boleh digunakan untuk
berpolitik. Maknanya, apa sahaja yang berkait dengan politik diharamkan. Dengan
erti kata yang lain, ajaran islam dipisahkan dari politik.
Kini masjid dihidupkan kembali. Boleh dikatakan setiap lepas
solat Maghrib pasti ada kuliah Maghrib. Setiap lepas solat Subuh pada hari-hari
cuti, pasti ada kuliah subuh. Kuliah-kuliah ugama ini sering diungkapkan
sebagai "Majlis Ilmu". Persoalannya, adakah yang dikatakan
"majlis ilmu" ini benar-benar majlis ilmu?
Mengapa pula teman seolah-olah mempertikaikan "majlis
ilmu" ini. Sebenarnya, teman tidak mempertikaikan "majlis ilmu"
yang diadakan itu. Tinggal lagi, ramai yang tak faham apakah yang dimaksudkan
"majlis ilmu" dalam erti kata yang sebenarnya. Dengan kata lain,
tidak semua "majlis ilmu" yang diadakan itu majlis ilmu. Kebanyakan
"majlis ilmu" yang diadakan itu adalah majlis tazkirah, bukan majlis
ilmu.
Apa bezanya antara majlis ilmu dengan tazkirah?
Adakah Kutbah Jummat itu majlis ilmu?
Adakah kuliah subuh, kuliah maghrib dan seumpamanya itu
kesemuanya majlis ilmu?
Sebelum kita merumuskan majlis ilmu, kita kena tanya dulu,
ilmu itu apa? Ilmu yang bermenufaat itu apa? Apakah ilmu yang mesti, wajib kita
ketahui sebagai seorang Islam? Sekadar mana pula ilmu fardhu ain itu perlu kita
ketahui?
Teman sekadar melontar soalan-soalan ini untuk direnungkan
untuk muhasabah diri. Kita sewajibnya bersyukur kerana Allah yang masih memberi
ruang masa kepada kita untuk belajar dan beramal. Jangan sia-siakan ruang masa
yang direzekikan oleh Allah kerana ia akan ditanya diakhirat nanti.
Orang yang menyebokkan dirinya dengan hal dunia adalah orang
yang tertipu oleh dunia. Bila dunia binasa, kemana kesudahannya? Apakah perkara
yang dipertengkarkannya didunia dalam hal politik dan perniagaan yang
diusahakannya, memberi menufaat kepadanya diakhirat nanti?
Satu persoalan yg wajar kita fikirkan.. Apakah wajar kuliah Subuh dibuat setiap kali hari cuti? Adakah wajar kuliah Maghrib dibuat setiap hari? Nampak macam hebat kuliah subuh dibuat setiap hari cuti dan kuliah maghrib dibuat setiap hari.. tapi asyek menghadiri ceramah-ceramah atau tazkirah... mana amal kita? bila pula kita nak berzikir. Selepas solat subuh atau Maghrib... bertahlil pun tidak. Sedangkan para ulamak dulu bertahlil sekurang-kurang 300 kali sehari sebagai usaha untuk menjaga iman. Ramai mana yg balik rumah selepas solat isya' berzikir atau membaca al-quran atau menghidupkan malam? Kita berbangga banyak majlis ilmu. Malangnya apa yg kita buat itu berasaskan nafsu bukan ilmu. Cukuplah amalan orang-orang tua kita dahulu dimana majlis ilmu dibuat 1 atau 2 kali sahaja seminggu. Dan majlis itu adalah majlis ilmu bukan tazkirah!
ReplyDelete