Monday, 12 November 2012

MAJLIS ILMU DAN TAZKIRAH


MAJLIS ILMU DAN TAZKIRAH

Sebelum Kerajaan Negeri Selangor bertukar tangan setalah lebih 50 tahun, masjid lesu hampir tidak berfungsi. Masjid digunakan untuk tempat solat dan baca yasin dimalam jumaat. Tidak lebih dari itu. Masjid tidak berfungsi sebagaimana yang sepatutnya dia berfungsi.

Bilamana Pakatan Rakyat mengambilalih tampuk pemerintahan Selangor, Masjid kembali digunakan dan diimarahkan. Pastinya diperingkat awal berlaku kekecohan dalam urustadbir masjid terutama dalam proses pemilihan AJK. Isu utama yang diwar-warkan adalah masjid tidak boleh digunakan untuk berpolitik. Maknanya, apa sahaja yang berkait dengan politik diharamkan. Dengan erti kata yang lain, ajaran islam dipisahkan dari politik.

Kini masjid dihidupkan kembali. Boleh dikatakan setiap lepas solat Maghrib pasti ada kuliah Maghrib. Setiap lepas solat Subuh pada hari-hari cuti, pasti ada kuliah subuh. Kuliah-kuliah ugama ini sering diungkapkan sebagai "Majlis Ilmu". Persoalannya, adakah yang dikatakan "majlis ilmu" ini benar-benar majlis ilmu?

Mengapa pula teman seolah-olah mempertikaikan "majlis ilmu" ini. Sebenarnya, teman tidak mempertikaikan "majlis ilmu" yang diadakan itu. Tinggal lagi, ramai yang tak faham apakah yang dimaksudkan "majlis ilmu" dalam erti kata yang sebenarnya. Dengan kata lain, tidak semua "majlis ilmu" yang diadakan itu majlis ilmu. Kebanyakan "majlis ilmu" yang diadakan itu adalah majlis tazkirah, bukan majlis ilmu.

Apa bezanya antara majlis ilmu dengan tazkirah?
Adakah Kutbah Jummat itu majlis ilmu?
Adakah kuliah subuh, kuliah maghrib dan seumpamanya itu kesemuanya majlis ilmu?

Sebelum kita merumuskan majlis ilmu, kita kena tanya dulu, ilmu itu apa? Ilmu yang bermenufaat itu apa? Apakah ilmu yang mesti, wajib kita ketahui sebagai seorang Islam? Sekadar mana pula ilmu fardhu ain itu perlu kita ketahui?

Teman sekadar melontar soalan-soalan ini untuk direnungkan untuk muhasabah diri. Kita sewajibnya bersyukur kerana Allah yang masih memberi ruang masa kepada kita untuk belajar dan beramal. Jangan sia-siakan ruang masa yang direzekikan oleh Allah kerana ia akan ditanya diakhirat nanti.

Orang yang menyebokkan dirinya dengan hal dunia adalah orang yang tertipu oleh dunia. Bila dunia binasa, kemana kesudahannya? Apakah perkara yang dipertengkarkannya didunia dalam hal politik dan perniagaan yang diusahakannya, memberi menufaat kepadanya diakhirat nanti?

1 comment:

  1. Satu persoalan yg wajar kita fikirkan.. Apakah wajar kuliah Subuh dibuat setiap kali hari cuti? Adakah wajar kuliah Maghrib dibuat setiap hari? Nampak macam hebat kuliah subuh dibuat setiap hari cuti dan kuliah maghrib dibuat setiap hari.. tapi asyek menghadiri ceramah-ceramah atau tazkirah... mana amal kita? bila pula kita nak berzikir. Selepas solat subuh atau Maghrib... bertahlil pun tidak. Sedangkan para ulamak dulu bertahlil sekurang-kurang 300 kali sehari sebagai usaha untuk menjaga iman. Ramai mana yg balik rumah selepas solat isya' berzikir atau membaca al-quran atau menghidupkan malam? Kita berbangga banyak majlis ilmu. Malangnya apa yg kita buat itu berasaskan nafsu bukan ilmu. Cukuplah amalan orang-orang tua kita dahulu dimana majlis ilmu dibuat 1 atau 2 kali sahaja seminggu. Dan majlis itu adalah majlis ilmu bukan tazkirah!

    ReplyDelete