ILMU YANG WAJIB DITUNTUT
Ilmu-ilmu yang wajib diketahui oleh setiap diri (Fardhu
'Ain)
yang mengaku dia seorang islam.
(Petikan dari kitab Darussamin oleh Syed Abdul Qadir
al-Idrus ra)
Anda hendaklah mengetahui bahwa segala ilmu fardu ‘ain yang
dituntut itu ada tiga;
- Ilmu Tauhid iaitu yang dinamakan ilmu usuluddin atau ilmu kalam atau ilmu wahyu;
- Ilmu Syara’ iaitu yang dinamakan ilmu Feqah;
- Ilmu batin iaitu yang dinamakan ilmu Tasauf.
KADAR ILMU
Kadar mana, sedalam mana ilmu-ilmu fardhu ‘ain itu wajib
diketahui
(Petikan dari kitab Hidayatus salikin oleh Syed Abdus Samad
al-Falimbani)
Kadar fardhu ‘ain pada ilmu Tauhid iaitu mengenal sekadar
dengannya dapat mengetahui zat Allah taala, sifatnya yang salbiah (penafian)
dan sifatnya yang subutiah (penyabitan) dengan sekira-kira dapat mengesahkan
imannya. Yakni mengenal apa yang wajib bagi Allah Taala, yang mustahil baginya
dan yang harus baginya. Demikian juga mengenali seumpama itu pada sekelian
rasul, selawat dan salam bagi mereka dan beriman dengan segala yang didatangkan
oleh mereka. Manakala mengenal lebih dari itu adalah fardhu kifayah.
Kadar fardhu ‘ain pada ilmu syara’ ialah mengenal sekadar
dengannya dapat mengetahui segala fardhu bersuci (Thoharah), fardhu sembahyang,
fardhu puasa serta yang membatalkannya, fardhu haji, fardhu zakat serta segala
yang membatalkannya dan yang lebih dari itu adalah fardhu kifayah jua.
Kadar fardhu ‘ain pada ilmu batin (ilmu Tasauf) ialah
mengenal yang mana dengannya, segala amalan yang zahir itu menjadi terselamat
daripada kerosakan (fasad) dan terselamat daripada yang membatalkan pahalanya,
seperti sesaorang yang bersembahyang dalam keadaan riak, ‘ujub, sum’ah, atau
sebagainya maka semua itu akan membatalkan pahal sembahyangnya. Dan bagi
mendapatkan ilmu Tasauf sekadarnya ini, yakni sekadar fardhu ‘ain, memadai
dengan mengamalkan apa yang ada dalam kitab Minhajul ‘Abidin kepunyaan Imam
Al-Ghazali ra dan mengenali huraian ilmu batin yang lebih dari itu bukanlah
fardhu ‘ain.
No comments:
Post a Comment